Bersedia menghadapi melesetan ekonomi?
Bagaimana cara hidup dalam menghadapi ekonomi meleset ni banyak , berikut adalah persediaan yang kita boleh buat.
Kaji selidik yang dilakukan oleh bank negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus rakyat malaysia tiada simpanan minima rm1,000.
terkejut kan? Dalam dapatan itu juga, 2 daripada 10 orang dewasa mengakui sukar untuk menyimpan dalam tempoh enam bulan.
Jadi perkara pertama yang perlu dibetulkan adalah menyediakan simpanan kecemasan.
Simpan RM1000 dahulu, kemudian usaha untuk cukupkan ...
Bagi pekerja kerajaan, minima 3bulan pendapatan
Bagi pekerja swasta, minima 6bulan pendapatan
Bagi yang berkerja sendiri, minima 12 bulan pendapatan.
lagi banyak tabung kecemasan, lagi kurang rasa cemas kita
2. Pelbagaikan sumber pendapatan.
Jika kita masih bergantung pada 1 sumber pendapatan, kita sudah boleh meneroka sumber-sumber lain sebagai pendapatan ke-2 , ke-3 dan seterusnya.
2.1 jenis sumber pendapatan yang boleh kita cipta dan kuasai.
2.1.1 Pendapatan aktive
Ini pendapatan utama yang kita dapat dari pekerjaan utama kita, 8 pagi - 5 petang.
2.1.2. Pendapatan sampingan.
Pendapatan yang kita buat selepas waktu pekerjaan utama. contohnya e-hailing, dropship sabella, jual make-up ke ubat kurus.
2.1.3. Pendapatan Pasif
Kerja sekali tapi kutip hasil berkali-kali. contoh royalti tulis buku atau lagu, jadi ejen takaful atau unit trust.
2.1.4. Pendapatan Pelaburan
Duit yang ada dilaburkan dalam istrumen pelaburan seperti Unit amanah, ASB, AHB, REIT, Saham bagi beranak lebih banyak.
3. Bayar hutang lama dan jangan tambah hutang baru.
Buat perancangan bagaimana melangsaikan hutang dengan cepat dan relevan. Apa yang boleh diselesaikan segera, lakukan! Jika tak pasti bagaimana nak susun, dapatkan pendapat profesional,
Cukup 3 cara asas dulu. Ia bukanlah tips yang bombastik untuk sedap didengar. Ini tips biasa yang jika dibuat,bakal melahirkan result yang luar biasa. Asas yang perlu dibuat sebelum ke langkah yang lebih jauh.
Yang pasti kita perlu MULA.
Naseer Aza | TSI Advisor
Licensed Financial Planner Representative
Shariah Registered Financial Planner
Takaful | Pelaburan Unit Amanah | Pengurusan Harta Pusaka Islam
Comments
Post a Comment