Posts

Image
  Bersedia menghadapi melesetan ekonomi? Bagaimana cara hidup dalam menghadapi ekonomi meleset ni banyak , berikut adalah persediaan yang kita boleh buat. 1. Menyediakan Dana kecemasan. Kaji selidik yang dilakukan oleh bank negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus rakyat malaysia tiada simpanan minima rm1,000. terkejut kan? Dalam dapatan itu juga, 2 daripada 10 orang dewasa mengakui sukar untuk menyimpan dalam tempoh enam bulan. Jadi perkara pertama yang perlu dibetulkan adalah menyediakan simpanan kecemasan. Simpan RM1000 dahulu, kemudian usaha untuk cukupkan ... Bagi pekerja kerajaan, minima 3bulan pendapatan Bagi pekerja swasta, minima 6bulan pendapatan Bagi yang berkerja sendiri, minima 12 bulan pendapatan. lagi banyak tabung kecemasan, lagi kurang rasa cemas kita 2. Pelbagaikan sumber pendapatan. Jika kita masih bergantung pada 1 sumber pendapatan, kita sudah boleh meneroka sumber-sumber lain sebagai pendapatan ke-2 , ke-3 dan seterusnya. 2.1 jenis sumber pendapatan yang bo...
Image
  Suri rumah perlu ambil takaful hayat ke? Ada orang terkejut bila saya beritahu saya ada takaful hayat atau lebih popular dikenali sebagai takaful hibah dari sejak saya fulltime housewife, bukan sejak saya mula ceburi bidang takaful. saya cerita sikit sebab Kenapa ambil takaful hayat walaupun masa tu saya cuma suri rumah yang pendapatannya cuma dari elaun suami + berniaga sikit-sikit. Yang pertama , saya fikir jika berlaku apa-apa pada saya, saya mahu hadiahkan kebersamaan pada waris. Walaupun nilainya tak banyak tapi boleh menunaikan impian yang mungkin saya tak sempat capai semasa hidup. Beri pendidikan yang baik kepada anak-anak dan hantar ibubapa saya ke haji, Maka 1/3 saya hadiahkan kepada suami untuk dia besar anak-anak, 1/3 kepada ibunda tercinta saya dan 1/3 lagi kepada ayahanda tercinta. Yang kedua, Jika saya kehilangan upaya kekal pasti akan menambah komitmen keluarga yang akan mempengaruhi kos sara hidup yang tinggi. Maka ini adalah inisiatif saya agar jika saya...

Apa itu Aliran Tunai (Cashflow)

Image
  Asas kepada pengurusan kewangan yang baik adalah mengurus/semak penyata aliran tunai(Cashflow). Dalam cashflow ni ,kita rekod aliran duit keluar dan aliran duit masuk. Duit masuk adalah duit yang kita terima daripada pendapatan aktif, pendapatan sampingan atau pasif. contohnya gaji, dropship, part time dan sewa rumah. Duit keluar pula duit yang kita keluar/bayar. Contohnya komitmen pinjaman, barang dapur, sumbangan ibu bapa, bayar takaful dan makan diluar. Kira jumlah keseluruhan aliran duit masuk kemudian tolak (-) jumlah aliran duit keluar. Maka kita boleh tengok cashflow kita positive (+ve) atau Negative (+ve). Bila dah buat tahu kedudukan cashflow ,baru kita boleh merancang apa nak buat jika +ve , apa nak buat jika -ve. Cashflow ini boleh dibuat secara bulanan atau tahunan. Tetapi disarankan buat secara bulanan supaya kita boleh trace dimana kebocoran cashflow kita. Penting untuk kita kesan kebocoran tersebut. Supaya takde la isu ,kita tak tahu duit kita habis dekat mana?...

Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Kabinet Malaysia 2018

Image
Senarai Penuh Menteri & Timbalan Menteri Kabinet Malaysia 2018 Pasca PRU-14, pada hari ini 2/7/2018 (Isnin) secara rasminya , perbentukan kabinet malaysia secara rasminya. berikut adalah senarai perlantikan penuh Menteri dan Timbalan Menteri.. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail  Jabatan Perdana Menteri Menteri (Agama) - Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa Timbalan Menteri (Agama) - Fuziah Salleh  Menteri (Undang-undang) - Datuk Liew Vui Keong  Timbalan Menteri (Undang-Undang) - Mohamed Hanipa Maidin Timbalan Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) - Dr. Md. Farid Md. Rafik Kementerian Kewangan Menteri - Lim Guan Eng Timbalan Menteri - Datuk Ir. Amiruddin Hamzah Kementerian Dalam Negeri Menteri - Tan Sri Muhyiddin bin Yassin  Timbalan Menteri - Datuk Mohd. Azis Jamman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri - Datuk Zuraida Kamaruddin Kementerian Pertahanan M...

5 CARA HILANGKAN BAU KERETA MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI

Image
5 CARA HILANGKAN BAU KERETA MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI Selain menggunakan ‘air-freshener’ atau bahan pewangi yang dijual di pasaran, anda boleh menggunakan beberapa cara hilangkan bau kereta secara semulajadi. Selain menjimatkan, anda tidak perlu risau kesan bahan kimia. Berkesan! 1. ARANG Sebelum anda mewangikan kereta, perkara pertama yang mungkin anda perlu pertimbangkan adalah meneutralkan bau busuk, hapak, atau kepam yang dah sedia ada dalam kereta. Contohnya, kalau ada bau durian, bau bangkai, atau bau muntah – tentu kita perlu hilangkan bau ini terlebih dahulu, bukan? Kalau tiba-tiba disembur pewangi, boleh jadi lebih pening dengan kombinasinya. Oleh itu, anda boleh mengambil beberapa ketul arang untuk menyahkan bau kurang enak tersebut. Cara pertama, letakkan arang dalam bekas ‘tupperware’ dan biarkan terbuka di lantai kereta. Cara kedua, bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan yang berbau. Memang ada dijual yang siap macam ...

mari shopping buku !!!

Image
Assalamualaikum wbt, dulu selalu dipaksa baca buku untuk berjaya, tapi sekarang bila kita dah berjaya, lupa dh buku,, erm.. tahukah anda , setiap kali kita membaca, walau  sehelai muka/surat , ia akan membantu anda meningkatkan kualiti kerja dan tahap ingatan kita. taklah kita cepat nyayok :D jadi , mari membaca , ni ada link untuk belian buku secara atas talian. saya bantu anda beli buku tanpa perlu ke kedai ! apa tunggu lagi, jom :) :D :D  https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=791

6 Tips Untuk Pilih Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh Anda

Image
Bentuk-bentuk tubuh manusia dan tips-tips pemakaian 1. Bentuk Segi Tiga atau ‘Pear’ Bentuk tubuh ini adalah bentuk yang biasa dimiliki oleh seorang wanita. Bahagian pinggul adalah lebih besar daripada bahagian dada. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk tubuh ini, berikut adalah tips pemakaian yang sesuai untuk anda: Pilih pakaian yang mempunyai pelapik bahu yang kecil/tanpa pelapik agar bahagian bahu kelihatan lebih luas. Ini adalah penting untuk mengimbangi bahagian pinggul yang besar. Elakkan memakai skirt labuh dan blaus yang terlalu labuh agar anda tidak kelihatan lebar. Pemakaian jaket bersama skirt atau seluar yang ketat di bahagian pinggul hendaklah dielakkan. Untuk warna pula, pakaian bahagian atas hendaklah berwarna cerah dan pada bahagian bawah pula berwarna gelap. Tips ini adalah menumpukan kepada bahagian atas badan, bukan bahagian pinggang dan ke bawah. 2. Bentuk Segi Tiga Terbalik Bentuk tubuh yang turut menjadi idaman para wanita. Wanita ...